Selamat Datang ke Aidan Technologies
Kami bekerjasama dengan organisasi dari pelbagai industri sama ada kerajaan, swasta, syarikat kecil dan sederhana (SME), sekolah dan malahan individu perseorangan, dengan menyediakan pelbagai penyelesaian yang dapat:
![]() | Menurunkan kos.Sistem Pengurusan Kerja kami ‘Job Recruitment System’ (www.jobprima.com.my) yang digunakan oleh Agensi Pekerjaan Job Prima Sdn Bhd telah meningkatkan jumlah pengunjung online dengan membolehkan pengunjung mendaftarkan diri secara online. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos tenaga kerja semua staf. |
![]() | Mengekalkan pelanggan.Sistem Operasi Syarikat kami ‘Pest Control Operation System’ telah membantu Kamal Kamal & Pest Control Sdn Bhd dalam meningkatkan kecekapan operasi mereka sehingga berjaya mengurangkan kos operasi mereka. Dengan kemampuan untuk melakukan pencarian data dalam sistem, mereka dapat memberi maklumbalas dengan lebih cepat yang mana telah meningkatkan kitaran jualan mereka. |
![]() | Meningkatkan penggunaan aset.Sistem Pengurusan Aset kami ‘Asset Management System’ boleh membantu pekerja pemeliharaan melakukan kerja mereka dengan lebih efektif, membantu pihak pengurusan membuat keputusan tepat dan menyediakan rekod tentang maklumat pemeliharaan yang dilakukan. |
![]() | Mengintegrasi operasi secara menyeluruh.Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, PERSAMA (www.persama.org.my) menggunakan sistem integrasi pengurusan data efektif yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan. Ia juga membenarkan guru dan peserta dari seluruh Malaysia untuk mengemaskini data mereka secara online. |


Utama







